31.10.12

Hidup = Life = Sos cili


Assalammualaikum.

"Hidup kau tiada life!". Wah, secara terus ayat tersebut terpalit atas muka aku. Tertanya juga aku kadang-kadang bila orang berbicara sedemikian. Mungkin apa yang cuba disampaikan adalah aku tidak menggunakan sos tomato atau cili atau cili Thai cap Life mungkin. Mungkin aku hanya menggunakan sos cili cap Aminah Hassan yang rasa sos nya lebih ketimuran berbanding sos cap barat ni.

Aku mengarut sebentar, maaf. 

Kalian faham apa itu life? Kalau kita selak semula kamus dwibahasa...maaf. Tak perlu selak kamus, cukup kau buka sahaja Google Translate sudah kau boleh isi ayat life itu kau alih bahasa kepada Bahasa Melayu terus. Hasil yang kau dapat adalah 'kehidupan'.

Ikhsan Google Translate.

Kadang-kadang aku tak faham dengan segilintir manusia ni. Sebab apa yang aku pilih tu itulah cara hidup aku. Kenapa perlu persoalkan? Aku ada melawan rang undang-undang Persekutuan Malaysia kah? Aku ada jauh melangkau daripada akidah Islamiah kah? Sebagai contoh, bila orang ajak aku pergi karaoke dan aku tak minat sangat nak berkaraoke ni. Almaklumlah dah suara tak merdu bak retis-retis Meleis. Terus "Kau ni takdelah lah life lah". Pulak. Aku tau benda tu best, tapi itu untuk kepuasan diri kau. Bagi aku benda tu tak puas dan tak best pun. Tapi aku dah 3 kali karaoke, tu pun masa kat UKM. Dan yang paling epic, aku bawak lagu Sulfur & Psychosocial, dua-dua hasil seni band nu-metal Slipknot. Hehe.

Kita hidup punya cara sendiri wahai kawan semua. Bukan aku sorang yang pernah hadap tuduhan sebegitu, berdozen lagi umat yang berkongsi nasib dengan aku. Orang kadang-kadang lupa pepatah Melayu, 'Rambut sama hitam, hati lain-lain'. Mungkin agak tak kesampaian pepatah tu dengan isu aku sekarang ni tapi lain manusia lain hatinya. Lain hati nya berkenan dengan benda lain. Begitulah gamaknya.

Cuma lontaran ayat provokasi itu lebih kepada perkara yang remeh temeh. Kalau jadi doktor takde life, sebab on-call selalu. Kalau pergi jalan sorang-sorang pun takde life. Berterabur lagi kejadah semua itu. Ini soal kehidupan adik abang sekalian. Sudah mereka sendiri pilih jalan itu dan tidak pula mereka menyesali akan pilihan yang telah dibuat. Kalau menyesal lepas tu mengeluh kat FB/Twitter memang layak makan hanjingan aku berdas-das.

Sudah lah aku berceloteh sedemikian rupa. Hari sudah petang, kejap lagi aku mahu makan malam. Sekian sahaja. Nantikan isu-isu yang akan aku royan, kupas dan selidik...1-2 minggu lagi mungkin. Haha.

No comments:

Post a Comment