4.6.13

Mamak, Baju Melayu & Nasi Lemak.

Assalammualaikum.


Ketepek!

Ya, topik kali ni, bukan kedai mamak tapi pasal makanan. Aku tak nak berdalih-dali buat intro macam haram aku lagi. Buang masa korang, ye aku tau. Kau orang semua nak aku direct je, tak payah nak berkias segala bagai.

Jilaka, kau orang ingat aku ni mudah ubah pendirian ke dengan kata-kata kritikan yang takde pegangan langsung tu? Hahaha.

Okay, cukup aku buang masa korang dengan ayat-ayat merajuk.


Jilaka, aku yang post aku sendiri yang drooling.


Ada banyak lagi gambar aku nak isi, tapi kalau asyik post gambo makanan sampai bila nak sampai ke klimaks, waduh! Senang cerita dua-dua mamak & pecel lele, dua-dua suatu benda yang dah common kat Malaysia.

"Dah memang common pun, so what? Captain Obvious sungguh!"

Waduh, hold your horses bro. Well, Malaysians do state the obvious kan? Aku bukan nak cakap pasal makanan kegemaran aku atau nak promote menu baru mamak kat area Bangi atau nak complain anney kat mamak Seksyen 15 suka meraba lelaki atau nak bagitau waiter pecel lele kantoi tengok 'video 3gp' depan mata aku.

Ni asam pedas Parit Jawa, Muar.

Asam pedas. Pun common. But sejauh mana common nye? Hanya tau nama but selalu kunyah masakan Baba Nyonya ni tak?

"Susah la nak dapat benda ni sekarang". Satu jawapan yang common.

"Kalau ada pun tak sedap macam kat Melaka atau Johor". Jawapan yang sangat klise.

"Apa susah, mamak kan ade. Bik Indon tu punye pecel pun layan. Senang". Respon yang acapkali aku dengar.

Aku bukan nak jadi macam majalah Saji, nak promote chef baru, hotel mana makan sedap atau nak share resipi macaroon. Apa yang aku lihat, mamak & pecel lele sebagai contoh, dah jadi suatu trend zaman sekarang kat Malaysia. Suatu kebiasaan. Suatu perkara yang selalu kita hadap. Suatu benda yang menjadi kebiasaan. Walhal bila aku bicara pasal asam pedas (lagi), lemak cili api, rendang tok, gulai tempoyak dan sebagainya, seolah-olah ia suatu yang asing. Padahal masakan ni memang masakan tempatan, kenapa jadi suatu yang asing? Kenapa hanya certain tempat sahaja yang ada makan makanan ni?

"Benda makan pun nak kecoh ke?"

Mungkin daripada mata kepala kau orang, benda ni kecik je pun. Tak jadi masalah besar pun. Tapi bagi aku, aku rasa macam identiti tu semakin hilang. Suatu yang menjadi kebiasaan telah menjadi suatu yang tak biasa atau asing di negara kita sendiri. Restoran tom yam merata sebab apa? Sebab orang kita jugak. Kalau orang kita tak suka makan tom yam takde nye belambak restoran tom yam kat Malaysia. Kedai tom yam pun sekarang pun dah hilang identiti sikit, dah tambah menu western food. Startegi bisnes kan.

Kita hidup dalam era globalisasi, maka banyak produk dagangan luar negara yang akan bertapak ke negara kita secara langsung atau tak. Bagi aku makanan ni pun dah jadi suatu simbol yang mudah untuk aku tunjukkan kesan globalisasi. Identiti yang kau ada dahulu sudah kau ketepikan, mungkin diguna kelak untuk sebahagian acara-acara penting. Aku tak kata kat Melayu sahaja, Cina, India pun tak lari dari masalah sama.

Kita cuba ikut trend yang dah ditetapkan sistem. Sistem dari negara Barat yang lebih moden. Kalau nak jadi moden kena ikut Barat, kononnya. Jepun pandang Barat, kita pandang Jepun. Sudahnya?

Kadang-kadang aku pernah persoalkan akan pemakaian baju Melayu. Bagi kita yang Melayu, ianya sudah menjadi suatu yang asing. Kenapa aku kata asing? Aku pernah sekali pakai baju Melayu hari selain hari Jumaat atau hari Raya atau majlis orang kahwin. Senang cerita aku pergi kuliah pakai baju Melayu sebab baju semua kat dobi tak siap lagi. Masa aku nak pergi kelas, orang semua pandang-pandang. Mungkin aku hensem Masa dalam kelas orang tanya, "Kau ada program kat masjid ke nanti?". Jilaka apa? Kau orang dah lupa ke ni baju Melayu, baju bangsa kau. Kalau ada orang Cina pakai hanfu mesti kena tanya soalan sama jugak. 

Aku lagi gemar pakai baju Melayu kalau ada presentation daripada pakai tai yang buat sesak leher bila aku pakai. Kenapa aku tak pakai? Mungkin aku pun salah seorang mangsa globalisasi, hamba kepada sistem yang membuatkan aku 2 x 5 je macam kau orang. Hahaha.

Tapi, aku rasa ada satu yang jadi kebiasaan bagi orang ramai kat Malaysia dan orang lain pun mula nak tiru baik mamak, bik Indon pecel lele atau abe tom yam sekalipun. Tak lain tak bukan...

Coconut rice bak kata Justin Bieber.

We still have hope. Tapi Quacker Oat dah mula tayang makan oat lagi sihat, serap kolestrol. Apa-apa pun, aku viva Khamis ni (6/6/2013). Kbye.


2.5.13

Pilihan Riang Raya.

Assalammualaikum.

Marilah mari, mari mengundi! Gittew.

Satu topik yang agak mungkin kontroversi bagi majoriti. Mungkin aku cuma nak jadi up-to-date blogger. Mungkin ada yang fikir aku saja nak mencapap nak publisiti murahan. Jilaka apa fikiran negatif yang menggeliat dalam minda aku ni. Taip sudah, persetankan apa yang kalian mahu bilang sama aku. Hahaha.

Buat tak endah perangai syok sendiri aku ni.

PRU13 kali ini, aku lihat tak kurang juga orang 'berperang' atas nama parti politik masing-masing. Tegakkan manifesto masing-masing. Ke sana sini bawaan isi parti politik di hurung ke hulu hilir. Tunaikan janji itu ini. Harga itu ini turun. Subsidi itu ini diberi. Apalah itulah inilah. Macam-macam. Aku malas nak taip, sebab aku tak nak jadi medium hebahan manifesto apa kejadah parti-parti politik kat Malaysia ni. "Rakyat tak prihatin mamat ni" sudah menjadi nasi aku telan bila tiba PRU. Harammm.

Cuma satu sahaja yang buat aku kurang enak bila tiba PRU. Baik tua muda, parti itu ini, dua-dua perangai macam haram. Sentimen berbaur provokasi, kritikan, pujukan apa-apa lagi entah jadi senjata utama bila PRU ni. Yang 'kepala' rilek, senyum (atau sengih?) sana-sini, menagih simpati diundi. Turun padang salam dengan rakyat, nanti jadi YB nak bagi mesin pemarut kelapa sebab kesian kelapa tu terbiar macam tu je. Kalau parut kelapa boleh buat bisnes, tuan puan abang akak sekalian hidup senang nanti.

Yang bawah main hentam sana sini. Baik sana sini, dua-dua sama. Parti sana gunakan agama untuk butakan mata kalian, jual nama Tuhan kita, sedarlah! Kami mampu kekal jadi kerajaan yang amanah, saksama segala semua. Parti sana dah lama korup! Kalian dah buta mata buat hati disuap gula-gula Persatuan Konglomerat Melayu! Ada sahaja bahan, kau namakan sahaja medium yang jadi hebahan 'peluru-peluru' ini terus tepat menembak ke kepala para pembaca. Ada yang kena tembak terus telan dan hadam. Terima bulat-bulat. Fanatik mungkin. Ada juga kena tembak setakat mengangguk atau sekadar "Oh" di mulut jadi hasil hadaman.

Yang kepala terus menabur benih-benih tebu manis dalam hati rakyat. Entah esok lusa bila jadi YB, sudah lupa turun padang untuk gemburkan tanah bajakan tanih benih-benih tebu manis yang dah mula bercambah sedikit. Yang laksamana, hulubalang "perang" rehat seketika. Dah menang, berpesta 40 hari 40 malam. Dah kalah, bagi sentimen tak adil. Suruhanjaya main tipu! Tapi tak hangat sangat kot, esok keluar berita PM buat ucapan perancangan baru untuk negara. Yang menonton dari awal, seperti biasa. Naik turun berdasarkan kepala. Kalau bagus lah naik lah sikit-sikit. Kalau tak, masih bersusah jugaklah.

Itu sahaja aku lihat dalam Malaysia. Suasana politik yang agak menyedihkan. Saudara berpecah, kawan jadi lawan. Hanya kerana kedudukan dan kuasa. Minda rakyat jadi mainan, dimanipulasi sesuka hati. Sampai bila nak disuap benda-benda haram ni? Aku pun tak tahu. Antara yang itu ini susah aku nak pilih. Lagi senang aku rasa nak pilih antara Dinner Plate atau Snack Plate bila beratur di dalam KFC.

Mungkin kalian boleh fikir sejenak, sampai bila berita-berita bohong dan palsu nak ditelan dan dihadam? Isu-isu itu ini tak antara fakta atau auta menjadi fikiran sekalian umat. Siapa yang boleh berhentikan segala haram jadah ni? Nak tunggu Imam Mahdi datang? Entah. Semua soalan aku entah kan sahaja.

Sudah lah, Wan (coursemate) kat sebelah aku ni dah masuk air gamaknya asyik main Google Translate mencarut. Jilaka punya mamat.

24.4.13

Tak Pernah Puas.

Assalammualaikum.

Sudah ku bilang, jangan harap nak aku selalu update post baru kat sini. Mungkin Twitter dah jadi diari online aku mungkin tapi lately ni aku dah jarang nak kejadah haram semua tu. Jaring aku tak bisa di-log in. Terfaktab sungguh. Tambahan dah akhir tahun semester 2, projek tahun akhir segala bagai. Ahhh, duniawi semua ni. Nak kerja mesti ada segulung ijazah paling kurang, kalau tak orang tak pandang.

Kadang kala nak juga aku lari dari dunia realiti tapi nak ke mana? Telan methamphetamine lalu hanyut dalam dunia fantasi rekaan otak dalam khayalan lalu hanyut entah ke mana. Maut menanti di hadapan. Tak nak aku, aku nak jadi manusia yang sihat dan waras. Kecewa orang yang tersayang kalau aku buat begitu. Mana lagi mahu lari? (Memang tak pernah terfikir nak consume najis dadah,cuma perumpamaan)

Itulah kan. Manusia macam aku dan kau banyak ragam. Nak itu lah nak ini lah. Tak pernah puas. Bila dah dapat tak reti nak bersyukur. Dah dapat Samsung S3 nak Samsung S4 pulak. Dah dapat awek baik nak cari yang lain pulak (ini cuma perumpamaan, mohon jangan ada yang terasa). Dah hidup bersyukur je lah kan. Teruskan hidup mencari rezeki Tuhan yang tercampak di mana-mana dengan izin-Nya. Kena usaha lah kan. Kalau terbaring dalam bilik tengok siling memang tak kan terbukak siling tu tetiba hujan emas berketul-ketul. Kalau betul jadi pun mungkin mati kerana gravity force & acceleration emas tambah lagi dengan berat emas tu hempap kepala kau.

Aku pernah rasa cemburu dengan orang lain. Ada smartphone. Ada tablet cap Apple. Ada kereta. Ada itu ini segala bagai. Walhal apa yang ada kat aku ni macam aku tak pernah bersyukur walau sikit pun. Ye lah, pakai phone Nokia torchlight. Nak jugak merasa yang lain. Tapi sampai suatu hari tu aku kena tamparan hebat direct ke muka aku yang penuh liang jantan ni. Ada kawan aku sorang, laptop takde, phone lebih kurang macam aku, motor C80 zaman bila entah. Sekarang ni duit yang dia ada hasil kerja part-time kat Petronas. Tapi tak pernah merungut pun, rilek je. Survival dalam hidup tampak nya. Kalau nak buat perbandingan, hidup kawan aku ni lagi susah. Aku setakat mengharap duit FAMA tiap minggu pun nak merungut lagi. Kalau kerja 1000 dalih aku bagi, kalau kerja sekalipun tak lama. Itulah aku ni, manusia yang alpa dengan rezeki dah Allah beri. Start daripada hari tu aku insaf. Rasa macam nak melutut depan parents aku sebab aku pernah complaint nak pakai BB Bold dulu.

Terasa kufur nikmat pulak bila aku taip post ni. Sobs sobs.

Gedebuk, kaki tersepak dinding. Adoii.

31.10.12

Hidup = Life = Sos cili


Assalammualaikum.

"Hidup kau tiada life!". Wah, secara terus ayat tersebut terpalit atas muka aku. Tertanya juga aku kadang-kadang bila orang berbicara sedemikian. Mungkin apa yang cuba disampaikan adalah aku tidak menggunakan sos tomato atau cili atau cili Thai cap Life mungkin. Mungkin aku hanya menggunakan sos cili cap Aminah Hassan yang rasa sos nya lebih ketimuran berbanding sos cap barat ni.

Aku mengarut sebentar, maaf. 

Kalian faham apa itu life? Kalau kita selak semula kamus dwibahasa...maaf. Tak perlu selak kamus, cukup kau buka sahaja Google Translate sudah kau boleh isi ayat life itu kau alih bahasa kepada Bahasa Melayu terus. Hasil yang kau dapat adalah 'kehidupan'.

Ikhsan Google Translate.

Kadang-kadang aku tak faham dengan segilintir manusia ni. Sebab apa yang aku pilih tu itulah cara hidup aku. Kenapa perlu persoalkan? Aku ada melawan rang undang-undang Persekutuan Malaysia kah? Aku ada jauh melangkau daripada akidah Islamiah kah? Sebagai contoh, bila orang ajak aku pergi karaoke dan aku tak minat sangat nak berkaraoke ni. Almaklumlah dah suara tak merdu bak retis-retis Meleis. Terus "Kau ni takdelah lah life lah". Pulak. Aku tau benda tu best, tapi itu untuk kepuasan diri kau. Bagi aku benda tu tak puas dan tak best pun. Tapi aku dah 3 kali karaoke, tu pun masa kat UKM. Dan yang paling epic, aku bawak lagu Sulfur & Psychosocial, dua-dua hasil seni band nu-metal Slipknot. Hehe.

Kita hidup punya cara sendiri wahai kawan semua. Bukan aku sorang yang pernah hadap tuduhan sebegitu, berdozen lagi umat yang berkongsi nasib dengan aku. Orang kadang-kadang lupa pepatah Melayu, 'Rambut sama hitam, hati lain-lain'. Mungkin agak tak kesampaian pepatah tu dengan isu aku sekarang ni tapi lain manusia lain hatinya. Lain hati nya berkenan dengan benda lain. Begitulah gamaknya.

Cuma lontaran ayat provokasi itu lebih kepada perkara yang remeh temeh. Kalau jadi doktor takde life, sebab on-call selalu. Kalau pergi jalan sorang-sorang pun takde life. Berterabur lagi kejadah semua itu. Ini soal kehidupan adik abang sekalian. Sudah mereka sendiri pilih jalan itu dan tidak pula mereka menyesali akan pilihan yang telah dibuat. Kalau menyesal lepas tu mengeluh kat FB/Twitter memang layak makan hanjingan aku berdas-das.

Sudah lah aku berceloteh sedemikian rupa. Hari sudah petang, kejap lagi aku mahu makan malam. Sekian sahaja. Nantikan isu-isu yang akan aku royan, kupas dan selidik...1-2 minggu lagi mungkin. Haha.

8.10.12

Mukadimah mungkin?

Assalammualaikum semua.

Aku tak pasti berapa kali aku dah buat blog. Mungkin baru 2 kali je kot. Entah,aku sendiri tak pasti. Tapi yang pasti yang ini insyaAllah akan jadi yang tetap,asyik nak buat baru je lama-lama rasa macam takde pendirian pun ada jugak. Hahaha.

Kadang-kadang cemburu jugak tengok hasil blog kawan lain yang nampak canggih & versatil. Almaklumlah,aku bab design tu ada idea tapi tak tau macam nak apply benda tu dalam bentuk realiti. Sebabnye malas nak buat research pastu sangkut dalam kepala otak.
Lama-lama entah ke mana semua nya,hilang dek usia yang makin lapuk ni.

Maka dalam blog aku kali ni mungkin sama macam blog-blog aku yang lepas. Mengarut pasal falsafah sendiri mungkin. Atau sorakan perasaan yang aku selalu pendam dalam hati ni. Atau apa-apa je yang mungkin terlintas dalam kepala otak aku ni. Kalau rasa nak taip aku taip. Harap tak lah 2-3 bulan satu posting,nampak sangat tak konsisten nye. Hahaha. Almaklumah,dunia Twitter kan dah ada sekarang.

Sudah lah tu mukadimahnya,dah pukul berapa ni pun. Esok nak gi lab apa bagai semua urusan dunia yang nak kena selesaikan ni. Selamat pagi semua.

P/S: Air kat kolej berkarat. Dah rasa macam mandi dengan teh'o. Sigh.