2.5.13

Pilihan Riang Raya.

Assalammualaikum.

Marilah mari, mari mengundi! Gittew.

Satu topik yang agak mungkin kontroversi bagi majoriti. Mungkin aku cuma nak jadi up-to-date blogger. Mungkin ada yang fikir aku saja nak mencapap nak publisiti murahan. Jilaka apa fikiran negatif yang menggeliat dalam minda aku ni. Taip sudah, persetankan apa yang kalian mahu bilang sama aku. Hahaha.

Buat tak endah perangai syok sendiri aku ni.

PRU13 kali ini, aku lihat tak kurang juga orang 'berperang' atas nama parti politik masing-masing. Tegakkan manifesto masing-masing. Ke sana sini bawaan isi parti politik di hurung ke hulu hilir. Tunaikan janji itu ini. Harga itu ini turun. Subsidi itu ini diberi. Apalah itulah inilah. Macam-macam. Aku malas nak taip, sebab aku tak nak jadi medium hebahan manifesto apa kejadah parti-parti politik kat Malaysia ni. "Rakyat tak prihatin mamat ni" sudah menjadi nasi aku telan bila tiba PRU. Harammm.

Cuma satu sahaja yang buat aku kurang enak bila tiba PRU. Baik tua muda, parti itu ini, dua-dua perangai macam haram. Sentimen berbaur provokasi, kritikan, pujukan apa-apa lagi entah jadi senjata utama bila PRU ni. Yang 'kepala' rilek, senyum (atau sengih?) sana-sini, menagih simpati diundi. Turun padang salam dengan rakyat, nanti jadi YB nak bagi mesin pemarut kelapa sebab kesian kelapa tu terbiar macam tu je. Kalau parut kelapa boleh buat bisnes, tuan puan abang akak sekalian hidup senang nanti.

Yang bawah main hentam sana sini. Baik sana sini, dua-dua sama. Parti sana gunakan agama untuk butakan mata kalian, jual nama Tuhan kita, sedarlah! Kami mampu kekal jadi kerajaan yang amanah, saksama segala semua. Parti sana dah lama korup! Kalian dah buta mata buat hati disuap gula-gula Persatuan Konglomerat Melayu! Ada sahaja bahan, kau namakan sahaja medium yang jadi hebahan 'peluru-peluru' ini terus tepat menembak ke kepala para pembaca. Ada yang kena tembak terus telan dan hadam. Terima bulat-bulat. Fanatik mungkin. Ada juga kena tembak setakat mengangguk atau sekadar "Oh" di mulut jadi hasil hadaman.

Yang kepala terus menabur benih-benih tebu manis dalam hati rakyat. Entah esok lusa bila jadi YB, sudah lupa turun padang untuk gemburkan tanah bajakan tanih benih-benih tebu manis yang dah mula bercambah sedikit. Yang laksamana, hulubalang "perang" rehat seketika. Dah menang, berpesta 40 hari 40 malam. Dah kalah, bagi sentimen tak adil. Suruhanjaya main tipu! Tapi tak hangat sangat kot, esok keluar berita PM buat ucapan perancangan baru untuk negara. Yang menonton dari awal, seperti biasa. Naik turun berdasarkan kepala. Kalau bagus lah naik lah sikit-sikit. Kalau tak, masih bersusah jugaklah.

Itu sahaja aku lihat dalam Malaysia. Suasana politik yang agak menyedihkan. Saudara berpecah, kawan jadi lawan. Hanya kerana kedudukan dan kuasa. Minda rakyat jadi mainan, dimanipulasi sesuka hati. Sampai bila nak disuap benda-benda haram ni? Aku pun tak tahu. Antara yang itu ini susah aku nak pilih. Lagi senang aku rasa nak pilih antara Dinner Plate atau Snack Plate bila beratur di dalam KFC.

Mungkin kalian boleh fikir sejenak, sampai bila berita-berita bohong dan palsu nak ditelan dan dihadam? Isu-isu itu ini tak antara fakta atau auta menjadi fikiran sekalian umat. Siapa yang boleh berhentikan segala haram jadah ni? Nak tunggu Imam Mahdi datang? Entah. Semua soalan aku entah kan sahaja.

Sudah lah, Wan (coursemate) kat sebelah aku ni dah masuk air gamaknya asyik main Google Translate mencarut. Jilaka punya mamat.