4.6.13

Mamak, Baju Melayu & Nasi Lemak.

Assalammualaikum.


Ketepek!

Ya, topik kali ni, bukan kedai mamak tapi pasal makanan. Aku tak nak berdalih-dali buat intro macam haram aku lagi. Buang masa korang, ye aku tau. Kau orang semua nak aku direct je, tak payah nak berkias segala bagai.

Jilaka, kau orang ingat aku ni mudah ubah pendirian ke dengan kata-kata kritikan yang takde pegangan langsung tu? Hahaha.

Okay, cukup aku buang masa korang dengan ayat-ayat merajuk.


Jilaka, aku yang post aku sendiri yang drooling.


Ada banyak lagi gambar aku nak isi, tapi kalau asyik post gambo makanan sampai bila nak sampai ke klimaks, waduh! Senang cerita dua-dua mamak & pecel lele, dua-dua suatu benda yang dah common kat Malaysia.

"Dah memang common pun, so what? Captain Obvious sungguh!"

Waduh, hold your horses bro. Well, Malaysians do state the obvious kan? Aku bukan nak cakap pasal makanan kegemaran aku atau nak promote menu baru mamak kat area Bangi atau nak complain anney kat mamak Seksyen 15 suka meraba lelaki atau nak bagitau waiter pecel lele kantoi tengok 'video 3gp' depan mata aku.

Ni asam pedas Parit Jawa, Muar.

Asam pedas. Pun common. But sejauh mana common nye? Hanya tau nama but selalu kunyah masakan Baba Nyonya ni tak?

"Susah la nak dapat benda ni sekarang". Satu jawapan yang common.

"Kalau ada pun tak sedap macam kat Melaka atau Johor". Jawapan yang sangat klise.

"Apa susah, mamak kan ade. Bik Indon tu punye pecel pun layan. Senang". Respon yang acapkali aku dengar.

Aku bukan nak jadi macam majalah Saji, nak promote chef baru, hotel mana makan sedap atau nak share resipi macaroon. Apa yang aku lihat, mamak & pecel lele sebagai contoh, dah jadi suatu trend zaman sekarang kat Malaysia. Suatu kebiasaan. Suatu perkara yang selalu kita hadap. Suatu benda yang menjadi kebiasaan. Walhal bila aku bicara pasal asam pedas (lagi), lemak cili api, rendang tok, gulai tempoyak dan sebagainya, seolah-olah ia suatu yang asing. Padahal masakan ni memang masakan tempatan, kenapa jadi suatu yang asing? Kenapa hanya certain tempat sahaja yang ada makan makanan ni?

"Benda makan pun nak kecoh ke?"

Mungkin daripada mata kepala kau orang, benda ni kecik je pun. Tak jadi masalah besar pun. Tapi bagi aku, aku rasa macam identiti tu semakin hilang. Suatu yang menjadi kebiasaan telah menjadi suatu yang tak biasa atau asing di negara kita sendiri. Restoran tom yam merata sebab apa? Sebab orang kita jugak. Kalau orang kita tak suka makan tom yam takde nye belambak restoran tom yam kat Malaysia. Kedai tom yam pun sekarang pun dah hilang identiti sikit, dah tambah menu western food. Startegi bisnes kan.

Kita hidup dalam era globalisasi, maka banyak produk dagangan luar negara yang akan bertapak ke negara kita secara langsung atau tak. Bagi aku makanan ni pun dah jadi suatu simbol yang mudah untuk aku tunjukkan kesan globalisasi. Identiti yang kau ada dahulu sudah kau ketepikan, mungkin diguna kelak untuk sebahagian acara-acara penting. Aku tak kata kat Melayu sahaja, Cina, India pun tak lari dari masalah sama.

Kita cuba ikut trend yang dah ditetapkan sistem. Sistem dari negara Barat yang lebih moden. Kalau nak jadi moden kena ikut Barat, kononnya. Jepun pandang Barat, kita pandang Jepun. Sudahnya?

Kadang-kadang aku pernah persoalkan akan pemakaian baju Melayu. Bagi kita yang Melayu, ianya sudah menjadi suatu yang asing. Kenapa aku kata asing? Aku pernah sekali pakai baju Melayu hari selain hari Jumaat atau hari Raya atau majlis orang kahwin. Senang cerita aku pergi kuliah pakai baju Melayu sebab baju semua kat dobi tak siap lagi. Masa aku nak pergi kelas, orang semua pandang-pandang. Mungkin aku hensem Masa dalam kelas orang tanya, "Kau ada program kat masjid ke nanti?". Jilaka apa? Kau orang dah lupa ke ni baju Melayu, baju bangsa kau. Kalau ada orang Cina pakai hanfu mesti kena tanya soalan sama jugak. 

Aku lagi gemar pakai baju Melayu kalau ada presentation daripada pakai tai yang buat sesak leher bila aku pakai. Kenapa aku tak pakai? Mungkin aku pun salah seorang mangsa globalisasi, hamba kepada sistem yang membuatkan aku 2 x 5 je macam kau orang. Hahaha.

Tapi, aku rasa ada satu yang jadi kebiasaan bagi orang ramai kat Malaysia dan orang lain pun mula nak tiru baik mamak, bik Indon pecel lele atau abe tom yam sekalipun. Tak lain tak bukan...

Coconut rice bak kata Justin Bieber.

We still have hope. Tapi Quacker Oat dah mula tayang makan oat lagi sihat, serap kolestrol. Apa-apa pun, aku viva Khamis ni (6/6/2013). Kbye.